• Gambar contoh ajer..

    OOB (Out of Bounds)

    Gambar yang diedit (teknik) menjadi kesan khas di mana objek atau subjek keluar dari garisan atau bingkai dan nampak gambaran seperti 3D. Edit menggunakan Adobe Photoshop CS5 dan memerlukan kreativiti dan kesabaran. Siapa yang berminat untuk menempah “Custom Album” dalam bentuk OOB ini sila email ke anur@kulim.my atau SMS ke 0134898771.  

  • Hijau

    Hijau

    Ramai orang diantara kita suka kalau gambar potret, mesti cantik kalau ada background bokeh. Tapi bokeh tu boleh dapat dengan Aperture besar dengan lens f2.8 ke f1.4. Dengan Kit lens, susah la nak dapat bokeh yang cantik. So ini tricknya; Cari latarbelakang yang paling dekat dengan subjek atau objek (model la tu). Contoh paling mudah…

  • Bata

    Bata

    Saya suka latar belakang ini. Bata merah yang berlumut hijau. Ianya asli dan bukan boleh dibuat buat begitu sahaja. Nampak seperti lukisan. Subjek pula berpakaian putih dan amat sesuai dalam cahaya dan suasana ini. Tapi jangan lupa, garisan horizontal juga harus dijaga.

  • Perhiasan

    Perhiasan

    Wanita dan perhiasan, tak dapat dipisahkan. Wanita amat tertarik pada aksesori seperti cincin, gelang, rantai dan sebagainya. Dalam mengabadikan gambar mereka, jangan ketinggalan untuk merakamkan bersama aksesori yang menjadi hiasan mereka. Tentulah mereka amat menghargainya. Ini adalah pendapat dan tips sahaja.

  • Warna

    Warna

    Serlahkan warna sebenar jika anda dapati warna tersebut menjadi pilihan. Sesetengah jurugambar mungkin tidak suka akan warna yang terang, akan tetapi kita perlu untuk mengikut kehendak klien anda. Gunakan Vidid dan gunakan sentuhan Adobe PS kalau boleh.

  • Lokasi

    Lokasi

    Lokasi juga amat penting untuk sesi fotografi. Jadi sekiranya anda menemui lokasi luarbiasa yang menarik, jangan teragak agak untuk merakamkan foto di situ. Lokasi yang luarbiasa akan membangkitkan mood yang luar biasa dan akan menjadikan gambar lebih menarik. Tetapi ingat, jangan lupakan keselamatan anda

  • Putih

    Putih

      Pengantin sanggup membelanjakan beratus ringgit untuk memiliki pakaian warna putih. Warna putih hampir menjadi kemestian bagi setiap pengantin kerana warna tersebut akan membangkitkan wajah seri dan bercahaya.┬áPilih sudut yang sesuai dan cahaya yang mencukupi untuk memastikan pakaian benar benar kelihatan putih dan bersih. Ingat tu… putih dan bersih

  • D7000 1/125 at f1.8 Focal Length 50mm ISO1400
Non Edit, only watermark.

    Latarbelakang

    Jika ternampak latarbelakang yang sesuai, jangan lepaskan peluang .. Cuba kaji sedikit dari faktor warna, cahaya dan perspektif. Snap beberapa kali dengan DSLR anda. Pastikan mood anda juga baik untuk menghasilkan gambar yang baik. Selamat mencuba!